Persetujuan
- Berikut adalah terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh jurugambar dan pelanggan sekiranya pelanggan bersetuju untuk mengambil pakej dari PhotoWED Photography.
Penyerahan Album
- Album akan dihantar oleh jurugambar sekiranya alamat penghantaran masih berada di dalam kawasan liputan.
- Masa yang diperlukan oleh jurugambar untuk ‘post-production’ adalah 3 – 8 minggu. Dalam sesetengah kes, boleh mencapai 14 minggu, bergantung kepada kesibukan jurugambar dan jumlah tempahan. PhotoWED Photography tidak dapat menjamin album akan siap dalam tempoh yang dinyatakan tetapi kami akan membuat sehabis baik dan anggaran tempoh untuk disiapkan adalah seperti yang dinyatakan
- Sekiranya jurugambar tidak dapat menjalankan tugasnya seperti dalam perjanjian, PhotoWED Photography akan memulangkan wang pendahuluan anda dan kami akan memaklumkan kepada anda secepat mungkin.
Pembayaran
- Pelanggan wajib membayar wang pendahuluan sekurang-kurangnya 30% dari harga keseluruhan pakej untuk pengesahan tempahan.
- Bayaran selebihnya boleh dilakukan sebelum atau semasa majlis berlangsung atau semasa pengambilan album.
- PhotoWED Photography berhak mengubah harga pakej tanpa sebarang notis tetapi harga pakej yang telah ditempah sebelum perubahan harga masih kekal dengan harga lama.
- Sebut harga hanya sah sehingga 90 hari dari tarikh terima sebut harga tersebut. Selepas dari itu, kadar sebut harga tersebut dianggap tidak sah lagi.
- Bayaran yang diterima hanyalah tunai, pindahan bank dan deposit tunai sahaja.
- Jurugambar berhak untuk tidak menyerahkan album sehingga segala pembayaran telah dibuat.
Pembatalan
- Wang pendahuluan tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat.
Perubahan tarikh
- Segala perubahan tarikh hendaklah dimaklumkan 30 hari lebih awal dari tarikh asal majlis.
DVD Softcopy
- Selepas menerima DVD Softcopy, pelanggan bertanggungjawab untuk melindungi segala gambar-gambar.
- Jurugambar tidak bertanggungjawab untuk menyimpan segala gambar pelanggan.
Harga
- PhotoWED Photography berhak mengubah harga dan struktur pakej tanpa sebarang notis tetapi harga dan struktur pakej yang telah ditempah sebelum perubahan masih kekal seperti dalam perjanjian.
- Semua pakej perkahwinan mempunyai liputan masa dalam kiraan hari. Satu hari dikira sebagai satu sesi walaupun mengandungi majlis pernikahan dan persandingan dalam hari yang sama, pakej masih dikira satu sesi.
- Untuk pakej PhotoWED A dan PhotoWED B, majlis pernikahan dan persandingan mestilah berlangsung dalam hari yang sama.
- Liputan tempat adalah kawasan Lembah Klang, Putrajaya, Puchong, Seri Kembangan, Serdang, Kajang, Bangi dan Dengkil.
- Kos pengangkutan akan ditanggung oleh pelanggan untuk majlis yang berlangsung diluar dari kawasan yang dinyatakan.
Model Release
- PhotoWED Photography berhak menggunakan gambar pelanggan untuk tujuan pengiklanan, promosi, portfolio jurugambar dan lain-lain. Pelanggan berhak meminta jurugambar untuk tidak menggunakan gambar pelanggan.
Hakcipta
- Segala gambar yang diambil jurugambar adalah hakmilik PhotoWED Photography.
- Pelanggan dibenarkan unttuk mencetak atau menyiarkan semula hanya untuk tujuan persendirian sahaja.
- Segala cetakan atau penyiaran untuk tujuan komersial atau pengiklanan perlulah mendapatkan kebenaran bertulis dari PhotoWED Photography.
