banneraku

'

Pengenalan Kamera DSLR

DSLR atau Digital Single-Lens Reflex adalah sebuah kamera digital yang menggunakan sistem cermin mekanikal dan pentaprisma yang akan mengalihkan cahaya dari lens ke pemidang tilik optik (optical viewfinder). Kamera jenis ini kini sudah menjadi trend kepada kebanyakan remaja di Malaysia. Dalam semua entri saya akan memilih camera canon 400D sebagai gambaran, tetapi asasnya masih sama.

gambar atas: Sistem cermin mekanikal dan pentaprisma


Antara kelebihan DSLR berbanding kamera kompak adalah sistem autofocus yang lebih cepat, flash dan lens yang boleh dinaik taraf dan diubah mengikut keperluan, memberi lebih kawalan seperti kontrast dan ketepuan(saturation) pada gambar yang ingin diambil dan pengguna boleh memanipulasikan tetapan yang ada untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik.

Mod DLSR terbahagi kepada dua iaitu Basic Zone dan Creative Zone. Mod yang terdapat dalam Basic Zone adalah Auto, Potrait, Landscape, Macro, Sports, Night Potrait dan Flash Off. Dalam basic zone ini, kebanyakan setting tidak boleh diubah telah ditetapkan oleh pengilang. Mod yang terdapat dalam Creative Zone pula adalah P(Program AE), Tv(Shutter-priority AE), AV(Aperture-priority AE), M(Manual exposure). Sesetengah kamera mempunyai mod tambahan bergantung pada model kamera tersebut. Kegunaan mod-mod ini akan saya terangkan pada entri yang akan datang.



Antara jenama-jenama yang menjual kamera DSLR adalah, Canon, Nikon, Sony, Olympus, Panasonic, Pentax, Samsung.