
Apa itu Shutter Speed?
Shutter speed adalah satu tempoh masa untuk shutter dibuka dan membenarkan cahaya untuk didedahkan kepada sensor yang terdapat didalam kamera. Cara bacaannya adalah menggunakan saat. Jika bacaannya 1/4000(gambar) bermaksud shutter akan dibuka selama 1/4000 saat. Tidak sampai satu saat pun. Kadang-kadang bacaan menunjukkan seperti ini 10”. Ini bermaksud shutter speed adalah 10 saat. Shutter speed yang tinggi amat berguna untuk mendapatkan gambar yang tajam apabila mengambil gambar objek yang begerak. Anda juga boleh menetapkan kelajuan shutter yang lebih rendah dalam usaha untuk mewujudkan satu gambaran yang lebih eksperimen, seperti menangkap bunga api, atau lampu jejak kereta. Dalam creative zone, mod-mod yang membenarkan pengguna mengawal shutter speed adalah Tv(Shutter-priority AE) dan M(Manual). Harus diingatkan bahawa shutter speed yang laju akan menyebabkan gambar yang diambil terlalu gelap dan shutter speed yang rendah akan menyebabkan gambar terlalu terang.

