banneraku

'

Apa itu ISO

ISO sebenarnya satu tetapan yang dibawa ke kamera digital yang berasal dari kamera filem. Jika anda masih ingat, semasa anda ingin membeli filem anda akan akan ditanya samaada ingin filem yang 100, 200, 400, 800 atau 1600. Nombor ini menunjukkan tahap sensitiviti filem itu terhadap cahaya. Betambah tinggi angkanya, lebih sensitiflah filem itu.

Jika filem itu sensitif terhadap cahaya, maka filem itu hanya perlu didedahkan kepada cahaya pada masa yang sedikit sahaja (shutter speed yang tinggi) dan begitulah sebaliknya. Tetapi, ISO juga mempunyai kesan negatif. ISO yang tinggi akan menghasilkan gambar yang kurang kualitinya.

Begitulah juga terjadi pada kamera digital. Gantikan filem tersebut dengan sensor digital dan ISO pada kamera digital boleh diubah mengikut kesesuaian keadaan. Harus diingatkan, pilih ISO serendah yang mungkin untuk mendapatkan gambar yang lebih berkualiti dan kurang noise. Imbangkan dengan tahap kecerahan sekeliling supaya gambar tidak pulak kelihatan kabur akibat dari shutter speed yang rendah.