banneraku

'

Apa itu Aperture?

Aperture yang terdapat di dalam kamera anda bertindak seperti pupil mata anda. Saiz aperture menentukan jumlah cahaya yang akan didedahkan kepada sensor. Lebih besar bukaan aperture lebih banyak cahaya yang akan didedahkan. Lebih banyak jumlah cahaya yang didedahkan, gambar yang dihasilkan akan lebih terang walaupun dalam shutter speed yang tinggi. Ini adalah penting kerana antara tips untuk mendapat gambar yang sharp, shutter speed perlulah tinggi. Tetapi apabila shutter speed tinggi, gamba akan menjadi gelap. Jadi, kita boleh mengawal bukaan aperture dengan lebih besar supaya cahaya yang masuk mencukupi dan menjadikan gambar lebih terang. Cara bacaan aperture adalah dengan unit ‘f’ seperti f2.0, f8, f22. Kadang-kadang ianya ditulis seperti ini f/2, f/8, f/22 tetapi bacaannya masih sama. Lebih besar angkanya lebih kecil bukaannya. Aperture juga akan mempengaruhi sifat lain gambar. Antaranya adalah untuk mengawal kedalaman fokus. Lebih besar bukaan aperture, lebih cetek kedalaman fokus. Jika kita ingin mengambil gambar potret yang mana subjek menjadi fokus tetapi latarbelakang subjek ingin blur, gunakan aperture yang besar(nilai f yang kecil). Jika kita ingin mengambil gambar pemandangan yang mana kita ingin semua tempat difokuskan, gunakan aperture yang kecil(nilai f yang lebih besar).